NIQABIS COUPLE

Gadis solehah : Weee.. Today kan ana keluar jalan-jalan beli barang kahwin dengan tunang ana.. InsyaAllah lagi 5 bulan kami akan nikah.. Wink wink.. Syukur ya Allah, kurniakan si dia sebagai imam ku.. Hee tak sabar.. I love you Bee.. Muack muack :* Blushing blushing..


7 minutes ago . like . Mangkuk Ayun and 3 other like this.

write a comment..



Lelaki Soleh : Alhamdulillah juga Allah kurniakan Bee gadis baik, comel, ala-ala ustazah gitu macam Yuyunk..


Gadis Solehah : Alololo tomei-tomei.. Nak mo la cakap gitu ,titew malu la Bee.. Malu la orang baca nanti..


Lelaki Soleh : Biar la semua orang tau, biar semua tau betapa susahnya Bee nak dapat wanita solehah macam Yuyunk ni.. Hihihihi.. Bee suke la tengok Yuyunk pakai purdah baby blue tu, tommeiii.. Rasa nak picit-picit je pipi tu..


Gadis Solehah : Ish mana ada.. Biasa-biasa je.. Lagipun kalau comel, tengok la sape punya kan..?


Lelaki Soleh : Bee punya laaaaa..


Ibnu Batoota : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun..


Gadis Solehah : Alamak, dia mai dah..


Lelaki Soleh : Sape ni Yuyunk..?


Gadis Solehah : Alaaa.. Jangan cari pasal dengan dia.. Kawan-kawan Yuyunk semua dah kena.. Tak kira niqabis ke, bogelis ke, separuh bogelis ke, semua kena..


Lelaki Soleh : Haa..? Kena apa bhaa..? Tak pe, Yuyunk jangan risau.. Bee kan ade.. Bee akan pertahankan cinta kita selamanya daripada perosak ni..


Ibnu Batoota : Memang mangkuk ayun betui hangpa dua ekoq ni.. Kan dah keluaq sebijik ayat penang aku..!!


Lelaki Soleh : Wei bro, lu sape aar..? Lu tak kenal ke gua sape..? Jangan cari pasal bro.. Kami tak kacau lu, lu jangan kacai orang.. ia tu tunang gua.. Bukann orang lain..


Ibnu Batoota : Hek eleeeehh.. Tadi bukan main lagi Yuyunk Yuyunk Yuyunk, Bee Bee Bee Bee Babeeee.. Sekarang nak berlagak jadi KL gengster pulak.. Sekali aku tampaq kepala terabuq semua gigi..


Lelaki Soleh : Woi..! Lu ingat wa takut ke..? Sikit pon tak ketar la bro.. Lu sini datang la ngadap gua, baru tau langit tinggi rendah.. Gua bukan buat salah pon kat sini, apsal lu nak kecoh..?


Ibnu Batoota : Hehehehe.. Kenapa la kat Malaysia ni penuh dengan hot swinging bowl macam korang ni..? Sekejap romeo, sekejap kasanova, sekejap nak jadi KL gengster, tak nak jadi power rangers pulak ke..? Asal nak tunjuk gengster je kena cakap wa lu wa lu wa lu.. Cakap "saya awak" tak boleh ek..? Sapa pulak yang cakap kamu berdua ni tak buat salah..? Korang dah kawen ke..?


Lelaki Soleh : Aargh..!! Dulik apa aku.. Aku orang Malaysia, mesti lah senang terpengaruh dengan keadaan sekeliling.. Aku memang la tak kawen lagi, tapi kami dah tunang.. Lagi 5 bulan kami nak kawen, kau apa masalah..?


Ibnu Batoota : So kalau tunang, kira halal la korang beromen-romen depan orang macam ni..? Bukan main lagi ko.. Konon belajar kat universiti Islam.. Si perempuan pulak siap pakai purdah lagi, tapi malu tak dak, maruah tak dak.. Kambing pun lagi malu dari korang la..


Lelaki Soleh : Ye lah, kami kan dah tunang, biar la kami nak bersayang-sayang ke apa.. Lagipun kami tetap akan kawen nanti.. Kami bukan couple pon.. Kalau couple pon, kami couple Islamik-islamik gitu.. Siap misscall kejut-kejut tahajud lagi, race baca quran.. Tunang aku tu dulu pakai tudung pendek, sekarang dah pakai purdah dah pon.. Apa salah kami..? Ko jangan nak rosakkan hubungan kami..!


Ibnu Batoota : Aku malas nak cakap banyak.. Kau baca ni bebaik.. Encik Babi, kalau kau bela dia, bagi makan makanan halal, bersih, kemudian kau sembelih elok-elok, potong elok-elok, packing elok-elok, lepas tu letak logo DISAHKAN HALAL OLEH JAKIM.. Benda tu tetap Encik Babi, tak kan jadi halal faham..? Belajo agama tinggi-tinggi, tapi otak ketat, naik sembelit perut aku baca komen-komen korang kat atas tu.. Heck..!


Gadis solehah has blocked Ibnu Batoota

Aku tak faham kenapa orang masih tak faham-faham yang TUNANG BUKANNYA HALAL LAGI BAGI KITA.. TAK KIRA KAU USTAZ KE USTAZAH KE, PURDAHIS KE, NIQABIS KE, HARAM TETAP HARAM..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...