ILMU YANG TIDAK DIAMALKAN

"Ilmu itu tidak akan bermanfaat selagi ianya tidak diamalkan, dan Imam Tarmizi mengajar kita antara cara untuk mengamalkan sesuatu ilmu itu adalah dengan bertahajud.. Solat tahajud syaratnya adalah dilakukan selepas bangun dari tidur, sekiranya seseorang itu langsung tidak tidur dahulu kemudian dia solat maka ia bukanlah solat tahajud..


Solat tahajud bukan seperti solat witir dan solat dhuha sebagainya, ianya apabila kita solat selepas bangun tidur maka ia adalah solat tahajud, dan baginda solat tahajud berdiri di hadapan Allah sehingga bengkak kaki baginda, sehingga Sayyadatina Aishah RA menyatakan,

"Ya Rasulullah tuan bersolat shingga bengkak kaki tuan sedangkan Allah telah mengampunkan tuan, lalu nabi menjawab bukan kah aku perlu menjadi hambaNya yang bersyukur" 


Maka solat tahajud rasulullah adalah kerana inigin meluahkan rasa syukur. Jika golongan yang awam maka ia beramal untuk mendapat ganjaran-ganjaran syurga dan sebagainya. Perumpamaannya seperti seorang raja yang duduk dalam istana, terdapat 3 golongan yang berkhidmat kepada raja tersebut, yang takut, yang ingin mendapat ganjaran, dan yang hanya kerana rasa suka dan cinta kepada raja maka ia adalah tahap yang paling tinggi,


Sekiranya ingin mengenal orang yang soleh, maka ia sentiasa beristighfar sewaktu sahur, ada 3 suara yang didengari malaikat, suara ayam, suara pembaca al quran dan suara yang beristighfar di waktu sahur, Rasulullah bersabda,

"Jika mendengar suara ayam berkokok maka berdoalah kepada Allah kerana ia melihat malaikat, jika mendengar suara keldai maka berlindunglah kerana ia melihat syaitan, dan antara suara yang dibenci oleh Allah, ialah suara seruling, dan suara perempuan terpekik-pekik" 

Imam Al Ghazali menyebutkan suatu nasihat dari luqman Al Hakim yakni wali Allah yang sangat mulia sehingga namanya disebut di dalam al quran, dan terdapat surah yang bernama Surah Luqman,

"Wahai anakku, janganlah ayam itu lebih pandai daripadamu, dia berkokok di waktu subuh sedangkan engkau masih tidur"

Ad Daie Ilallah,
Al Habib Kazim Jaafar Assagaf

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...