DI SEBALIK SEHELAI KAIN BERNAMA NIQAB

"Wah, cantik dia pakai jubah dan tudung labuh, mesti ramai lelaki soleh yang tertarik"


"Pakai niqab nampak baik, mata yang memukau, mesti ramai lelaki muslim yang tertarik"


Siapakah yang penyebab dialog diatas, pemakainya atau yang melihatnya..?


Drama King dan Drama Queen ini kadang-kadang menjadi buah mulut masyarakat kita, bila melihat gadis muslimah berniqab. Persepsi yang sungguh berlainan antara jantina bila melihatnya. Jadi apakah situasi ini betul atau sebaliknya. Mari kongsikan bersama saya..!



Sudut pandang sisi seorang LELAKI
  
Sedih rasanya bila maqosid dan tuntutan asal berniqab disalah ertikan oleh mereka yang tahu akan hukum-hakam berniqab.


Sebagai seorang lelaki muslim, perasaan sukakan kepada wanita muslimah itu sudah menjadi kelaziman bagi mereka yang sudah terkena pukauan gadis muslimah ini. Sejuknya mata dan berbunga hati bila melihat gadis muslimah berpurdah, terdetik dalam sanubari untuk mencari gadis muslimat yang berpurdah.


Perwatakan mereka yang bertudung labuh, berjubah ditambah pula dengan sehelai kain menutup muka membuatkan si lelaki ingin tahu dan ingin mendekati si gadis tersebut. Walaupun hanya dapat melihat dari jauh ia cukup membuatkan fitnah itu menjalar tanpa mereka sedari.



Ana tidak nafikan mereka yang yang memakai pakaian muslimah ini mempunyai akhlak yang baik. Tapi dari pengalaman. Dari sini ada sesuatu yang ana hendak sampaikan. Mereka yang bertudung labuh dan juga berniqab sekalipun, tunjukkanlah contoh yang baik. Berakhlaklah seperti mana pemakaian. Bukan sekadar luaran bahkan jua dalaman.


Mungkin kerana terkena panahan matanya atau sebaliknya..!



Saya sangat menghormati mereka yang memakai niqab ini, tetapi sejak-sejak akhir ini saya nampak ia menjadi satu trend masa kini untuk berselindung dari wajah sebenar atau atas kefahaman atas pemakaian tersebut. Wallahualam.



Pengalaman, saya pernah berselisih dengan seorang gadis muslimah memakai niqab ala-ala saudi meliputi jubah di seluruh badannya dengan warna hitam, tetapi apa yang saya pelik di sini, ternampak dengan jelas solekan maskara dan lentikan bulu mata tambahan dengan anak mata biru itu seolah-olah ingin menarik pandangan jejaka-jejaka yang melihatnya.

Adakah disebabkan berniqab ini gadis muslimah ini dibolehkan bersolek..?






Sudut pandang sisi seorang WANITA
  
Bagi wanita mereka ada sebabnya sendiri kenapa memilih untuk berniqab. Kenal pastilah dulu setiap amalan dalam kehidupan ini, kerana ia tidak boleh dipisahkan dengan niat. Refresh balik niat memakai purdah itu berniat untuk menjauhi fitnah daripada individu dan masyarakat luar terutama sekali kepada kaum muslimin atau masyarakat arab, dipersilakan.


Memakai purdah dengan penuh keikhlasan akan memberi sedikit benteng maruah dan keimanan kerana pandangan orang awam terhadap gadis muslimah yang berpurdah ini agak berlainan sedikit. Tapi bila sudah berselindung di sebalik purdah, kenapa harus kita membuka ruang fitnah orang awam tehadap kita..?



Jangan jadikan niqab ini fesyen.



"Orang solehah dia pakai niqab"


"Artis solehah pun pakai niqab"


Tidak. Jangan begitu. Kalau pakai niqab kerana itu, maka niqab sudah menjadi fesyen, bukan lagi kerana mendapat redha Allah, bukan lagi kerana ingin menutup fitnah. Niqab nanti hanya sekadar menjadi ikutan atau trend orang dakwah. Kenapa pakai..? Sebab kalau nak jadi ustazah, kena pakai niqab baru nampak macam ustazah.


Jangan. Tak pakai niqab bukannya tak solehah, bukannya tidak baik. Ana agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqab, memandang rendah mereka yang tidak memakai niqab. Tak pakai niqab juga, bukanlah tidak boleh menyampaikan dakwah bila berada atas jalan tarbiyyah.



Sejak bila pulak, niqab menjadi lesen untuk semua itu..?


Bagi yang memakai niqab, teruskan dan perbaiki peribadi. Berniqab akan menjadi pandangan dan perhatian manusia dan lelaki lain. Ada yang ingin menghina, maka kamu jagalah diri dari hinaan kamu. Ada yang ingin mencontohi, maka kamu usahakan agar mereka contohi kamu. Ada yang ingin menghargai, mempercayai, maka kamu jangan khianati penghargaan dan kepercayaan mereka.


Seriuslah kalau benar niatnya untuk menjaga diri dari fitnah, mendapat redha dan mardhatillah. Jaga diri, jaga akhlak, jangan melakukan perkara yang terang menimbulkan fitnah. Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba’, dia akan diperhatikan dan musuh menanti-nanti celahan yang boleh membuatkan dia jatuh. Lebih buruk lagi, kejatuhannya memburukkan pula Islam.


Terakhir untuk gadis muslimah, 
pakailah dengan kefahaman yang jelas. Saya ingatkan sekali lagi, dengan kefahaman. Bukan sebab main-main, bukan sebab ikutan kakak atau ustazah, bukan sebab trend, bukan sebab fesyen. Alangkah indah jika gadis muslimah berhijrah kerana sudah memahami dan ingin melaksanakan tuntutan berniqab tersebut.


Namun sebaliknya sekarang, perkara atau hukum hijab ini seolah-olah dianggap sebagai peredaran fesyen yang sekadar menjadi sebutan dan trend. Pihak yang memberi pengaruh dan ikutan semestinya dari golongan selebriti disebabkan oleh faktor populariti mereka.


Namun yang demikian, perkara niqab ini merupakan suatu tuntutan yang tidak boleh dipandang ringan. Apa yang merisaukan adalah pemahaman terhadap tuntutan ini disalah ertikan dengan pelaksanaan yang sia-sia semata-mata.



Niqab adalah sehelai kain yang digunakan untuk menutupi muka seorang wanita kecuali mata yang lebih dikenali sebagai "purdah"



Pemakaian niqab bagi seorang wanita menjadi persoalan para ulama masa kini sama ada ianya wajib atau pun tidak. Namun begitu, penggunaan niqab dipersetujui bahawa adalah sangat digalakkan.


Sama-samalah kita menjaga diri.


Saya dan kita. Perempuan dan lelaki.


Sama-sama kita perbaiki diri.


Wallahu'alam.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya

5 comments:

Anonymous said...

Allahurabbi,sungguh allah itu maha berkuasa untuk membolak-balikkan hati manusia.Semoga niat ana untk b'niqab direstuai umi n abi ana.AMIN

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Anonymous InsyaAllah Aamiin.. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Aamiin.. :)

Mas Wan Mas Wan said...

cantik blog beng..kak um pun bljr wat gk.cm best.hihi

Muntanaqibah panggiln utk org yg pkai niqab.klu kt Malaysia slalu niqabis..niqabis.hihi.maksud asalnya Naqibah..

Siti Khadijah Halil Siti Khadijah Halil said...

@Mas Wan Time kasih kak atas ilmu baru.. :)

bbm 3412 bbm 3412 said...

@Siti Khadijah Halil perkongsian ini menambah pengetahuan saya tentang dunia niqab ini, insyallah ada kesempatan saya juga akan berniqab, semoga urusan saya dipermudahkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...